KOPERASI BORNEO MALAYSIA BERHAD

MENGENAI KAMI
Koperasi kami didaftarkan pada 28 September 2008 di bawah nama Koperasi Borneo Berhad dengan kawasan operasi di Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan dan kemudiannya telah meluaskan kawasan operasi ke seluruh Malaysia.
​
Atas kelulusan Suruhanjaya Koperasi Malaysia pada 27 November 2015, nama baru telah didaftarkan sebagai Koperasi Borneo Malaysia Berhad.
PERKHIDMATAN
Perkhidmatan utama kami adalah memberi pembiayaan peribadi kepada anggota Koperasi, yang kebanyakannya adalah pejabat awam dengan kemudahan potongan gaji melalui Biro Perkhidmatan ANGKASA
Kami berhasrat untuk mengembangkan aktiviti dalam bidang lain. Antara aktiviti-aktiviti yang mampu dilaksanakan adalah termasuk :-
-
Pelaburan dalam bidang pertanian dan ternakan.
-
Mendapatkan tanah untuk membina rumah mampu milik bagi anggota-anggota Koperasi.
-
Menguruskan kemudahan perumahan dan anggota-anggota yang berhijrah antara Malaysia Timur dan Malaysia Barat.
-
Menubuhkan pusat latihan kemahiran di kawasan luar bandar.